Akta Hak Asasi Manusia 1998
Akta Hak Asasi Manusia 1998

Akta Hak Asasi Manusia 1998

Akta Hak Asasi Manusia 1998 (Inggeris: Human Rights Act 1998) adalah satu Akta Parlimen United Kingdom yang mendapat Perkenan Diraja pada 9 November 1998, dan kebanyakan peruntukannya berkuat kuasa pada 2 Oktober 2000.[1] Tujuannya adalah untuk "memberikan kesan yang lebih" dalam undang-undang UK kepada hak-hak dalam Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia. Akta ini menjadikan hak-hak Konvensyen yang dilanggari boleh disaman di mahkamah-mahkamah UK, tanpa perlu pergi ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourg. Ia juga menghapuskan hukuman mati di UK (meskipun ini tidak diperlukan oleh Konvensyen sebagaimana berkuatkuasa ke atas UK pada masa itu).Pada dasarnya, Akta ini mengharamkan mana-mana pertubuhan kerajaan untuk berlaku dalam cara yang tidak piawai dengan Konvensyen, melainkan hanya jika perkataan Akta Parlimen menuntut mereka berbuat demikian. Ia juga menghendaki hakim-hakim UK mengambil kira keputusan-keputusan mahkamah Strasbourg, dan menafsir perundangan, sejauh mana yang mungkin boleh bersesuaian dengan Konvensyen. Tetapi sekiranya ia tidak mungkin menafsir suatu Akta Parlimen untuk menjadikan ia bersesuaian dengan Konvensyen, para hakim tidak dibenarkan menggulungkan Akta yang mereka tafsir. Apa yang mereka boleh buat adalah mengisu perisytiharan ketidaksesuaian. Perisytiharan ini tidak mempengaruhi kesan Akta Parlimen: dalam cara itu, Akta ini mengekalkan kedaulatan parlimen (lihat Perlembagaan United Kingdom). Satu individu masih boleh mengambil kesnya ke Mahkamah Strasbourg sebagai jalan terakhir.


Akta Hak Asasi Manusia 1998

Perkenan diraja 9 November 1998
Tajuk panjang Suatu Akta untuk memberikan kesan yang lebih berkenaan hak-hak dan kebebasan-kebebasan yang dijamin di bawah Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia; untuk membuat peruntukan mengenai penjawat-penjawat pejabat kehakiman Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah; dan tujuan-tujuan berkenaan.
(An Act to give further effect to rights and freedoms guaranteed under the European Convention on Human Rights; to make provision with respect to holders of certain judicial offices who become judges of the European Court of Human Rights; and for connected purposes.)
Berkuatkuasa 2 Oktober 2000
Petikan 1998 (c.42)
Berkaitan dengan Perintah Akta Hak Asasi Manusia 1998 (Pindaan) 2004, SI 2004/1574 (dibuat di bawah sub-s (4)).

Rujukan

WikiPedia: Akta Hak Asasi Manusia 1998 http://www.conservatives.com/tile.do?def=news.stor... http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/7718961.stm http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk_politics/5114102.stm http://www.guardian.co.uk/frontpage/story/0,,20878... http://www.guardian.co.uk/uk/2006/feb/06/schools.r... http://www.archive.official-documents.co.uk/docume... http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/1513730/Law... http://www.telegraph.co.uk/opinion/main.jhtml?xml=... http://www.opsi.gov.uk/acts/acts1998/19980042.htm http://www.opsi.gov.uk/acts/acts1998/80042--d.htm#...